Cari @ Amanz

Perang dingin di antara Apple dan Qualcomm telah melarat menjadi insiden yang lebih besar. Semalam Apple telah memfailkan sama ke atas Qualcomm kerana dituduh mencuri teknologi pengurusan bateri mereka pada pemproses keluarga Snapdragon. Qualcomm kini bertindak memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC)  bagi menghalang pengimportan masuk iPhone X ke Amerika Syarikat.

Tiga tuntutan baru yang difailkan adalah berkenaan pelanggaran 16 paten milik Qualcomm yang dikatakan dilanggar oleh Apple dalam penghasilan iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 8. Antara paten yang dilanggar dikatakan adalah sistem pengesan kedalaman imej Qualcomm yang digunakan pada mod Portrait aplikasi kamera iPhone.

Sebelum ini Qualcomm turut memfailkan permohonan yang sama kepada ITC bagi mengalang pengimportan masuk iPhone 7 dan 7 Plus atas alasan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd