Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Pengecasan Pantas Tidak Berfungsi

Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Pengecasan Pantas Tidak Berfungsi

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Kemaskini bulanan yang diterima oleh setiap peranti diberikan bagi menampak sebarang kerentanan sekuriti pada peranti. Samsung Galaxy S8 baru sahaja menerima kemaskini sekuriti untuk bukan November baru-baru ini. Peranti kini lebih selamat tetapi sebahagian pengguna melaporkan masalah pengecasan pantas tidak lagi berfungsi selepas melakukan kemaskini.

Apabila peranti dicas, ia mengambil masa sehingga lima jam. Ini adalah masa pengecasan yang amat perlahan berbanding sekitar 110 minit menggunakan pengecasan pantas. Masalah ini turut berlaku kepada sistem pengecasan pantas tanpa wayar. Pihak Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi buat masa ini.


TIPS & ULASAN