Google Mengharamkan Aplikasi Yang Memaparkan Iklan Pada Skrin Kekunci Peranti

Google Mengharamkan Aplikasi Yang Memaparkan Iklan Pada Skrin Kekunci Peranti

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Pengiklanan ialah cara paling mudah bagi pembangun aplikasi percuma menjana pendapatan. Iklan kecil biasanya dipaparkan di dalam aplikasi ketika ia digunakan. Tetapi terdapat sesetengah aplikasi yang memaparkan iklan pada skrin kekunci (lock screen) peranti dan ini menimbulkan kemarahan pengguna.

Google telah mula mengharamkan taktik pengiklanan ini kepada pembangun di dalam senarai terbaru polisi pembangun aplikasi Android. Aplikasi yang melanggar polisi ini akan ditarik dari Google Play Store. Walaubagaimanapun Google masih membenarkan paparan iklan padan skrin kekunci sekiranya aplikasi yang dimuat turun ialah aplikasi untuk skrin kekunci.

Pengiklanan yang tidak terkawal ialah antara sebab mengapa kami sanggup membeli aplikasi. Bagaimana pula dengan pembaca-pembaca Amanz?


TIPS & ULASAN