Pengasas Vine Ingin Hadir Dengan Versi Seterusnya Untuk Aplikasi Perkongsian Video 6-Saat Berkenaan

Pengasas Vine Ingin Hadir Dengan Versi Seterusnya Untuk Aplikasi Perkongsian Video 6-Saat Berkenaan

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Vine merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda berkongsi video selama 6-saat melaluinya. Ia merupakan salah satu aplikasi yang digunakan ramai suatu ketika dahulu untuk hadir dengan pelbagai kandungan kreatif melaluinya – malah terdapat sejumlah penerbit kandungan di YouTube masa kini pada mulanya menggunakan Vine terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, Vine yang diambil-alih oleh Twitter sebelum ini telah pun ditamatkan perkhidmatannya.

Terkini, pengasas Vine mengumumkan yang mana beliau akan membangunkan versi seterusnya untuk Vine.

Beliau akan membangunkannya pada masa terluang, dan akan menggunakan dana sendiri untuk tujuan berkenaan.

Tiada info lanjut yang dikongsikan buat masa ini. Berkemungkinan kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN