Unico – Berus Gigi Automatik Yang Memberus Dalam Masa Hanya Tiga Saat

Unico – Berus Gigi Automatik Yang Memberus Dalam Masa Hanya Tiga Saat

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Berapakah masa yang diambil oleh anda untuk memberus gigi setiap hari? Bagi insan yang menghargai masa, masa yang diambil untuk memberus dengan sempurna mungkin dianggap membazir. Untuk mereka berus gigi automatik Unico telahpun dihasilkan. Ia direka untuk memberus kesemua gigi dalam masa hanya tiga saat.

Unico dilengkapi berus yang memberus kesemua gigi secara serentak. Sistem pam khas akan menyalurkan ubat gigi ke semua berus sekaligus. Usai penggunaan, Unico diletakkan semula ke dok pengecas dengan sistem pembersihan cahaya ultra ungu.

Terdapat aplikasi untuk peranti pintar yang membenarkan pengguna mengawal kepantasan berus dan tempoh pembersihan sekiranya 3 saat dirasakan adalah terlalu pendek. Bagi yang berminat Unico sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan dijual pada harga bermula $99 (~RM 405) untuk satu set.,

Unico ialah berus gigi automatik kedua yang dilancarkan di pasaran tahun ini. Sebelum ini kami melaporkan kewujudan Amabrush yang memberus kesemua gigi dalam masa 10 saat.


TIPS & ULASAN