AWS Serverless Application Depository Diperkenalkan

AWS Serverless Application Depository Diperkenalkan

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Apabila anda membangunkan sesuatu sistem dan aplikasi, atau anda ingin membangunkan laman web anda, secara amnya anda perlu mempunyai pelayan (server) bagi mengendalikan keseluruhan proses tersebut. Namun menerusi teknologi perkomputeran terkini, anda tidak semestinya memerlukan server untuk menjalankan aplikasi anda.

AWS sedia dikenali semua sebagai penyedia perkomputeran awan dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan secara berasingan, dan dapat digabungkan mengikut keperluan pengguna. Menerusi fungsi pada AWS Lambda, pengguna boleh membangunkan aplikasi ataupun sistem walaupun tidak mempunyai server, atau dapat mengoptimasikan penggunaan server apabila tiada sesiapa yang menggunakan sistem.

Memandangkan permintaan terhadap aplikasi yang boleh dibina secara serverless makin bertambah, pihak AWS telah mengumumkan AWS Serverless Application Depository yang menghimpunkan pelbagai aplikasi yang tidak memerlukan server.

Dengan adanya perkhidmatan ini, ia sekaligus memudahkan pembangun berkongsi aplikasi serverless yang telah dibangunkan mereka, disamping mencari dan melakukan integrasi aplikasi serverless yang mereka inginkan.

Buat masa ini perkhidmatan ini didalam peringkat percubaan dan jika ada sebarang pembangun yang ingin menerbitkan aplikasi serverless mereka, anda boleh mendaftar minat di halaman yang disediakan.


TIPS & ULASAN