Huawei kini telah memperlihatkan sebuah poster yang menandakan Huawei Nova 2S bakal dilancarkan di China pada 7 Disember 2017 kelak, iaitu minggu hadapan.
Huawei Nova 2S sedia tertiris sebelum ini, memperlihtkan rekaan skrin nirbingkai dengan nisbah 18:9, menawarkan skrin bersaiz 6-inci, dan dijana menggunakan cip Kirin 960. Telefon pintar ini juga diliht menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang.
Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai telefon pintar baru ini daripada Huawei pada minggu hadapan.