Samsung Mepatenkan Lagi Rekaan Peranti Dengan Skrin Sisi Melengkung Sepenuhnya Hingga Ke Belakang

Samsung Mepatenkan Lagi Rekaan Peranti Dengan Skrin Sisi Melengkung Sepenuhnya Hingga Ke Belakang

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Rekaan terhangat tahun ini ialah skrin nirbingkai dengan nisbah skrin 18:9. Ini ialah rekaan yang dianggap terkini dan perlu digunakan. Tetapi Samsung mungkin mempunyai idea lain tentang rekaan skrin yang mungkin akan digunakan di masa hadapan. Paten terkini yang mereka failkan ialah skrin dengan sisi yang melengkung sepenuhnya hingga ke belakang.

Dengan rekaan ini, notifikasi masih boleh dilihat oleh pengguna walaupun jika peranti diletakkan terbalik di atas meja. Turut dipatenkan ialah proses pengilangan skrin yang unik ini. Ini sebenarnya bukan kali pertama Samsung mempatenkan rekaan seperti ini. Pada tahun 2015, rekaan yang sama telah difailkan oleh mereka tetapi tanpa proses pengilangan.

Tidak diketahui sama ada rekaan ini akan digunakan pada peranti sebenar. Yang pasti Samsung kini diuara-uarkan bakal melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat Galaxy X yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun yang lalu.


TIPS & ULASAN