Spotify Kini Menawarkan Pelan Langganan Setahun Pada Harga RM149

Spotify Kini Menawarkan Pelan Langganan Setahun Pada Harga RM149

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular. Selain perkhidmatan percuma, mereka turut menawarkan pelan langganan berbayar bulanan pada harga RM14.90 sebulan – selain pelan langganan keluarga. Kini, menambah satu lagi variasi langganan, Spotify hadir dengan pelan langganan tahunan pada harga RM149 setahun.

Spotify Yearly

Secara tidak langsung, pengguna boleh melanggan pada harga langganan 10 bulan, dan mendapatkan dua bulan lagi secara percuma.

Spotify turut menyatakan yang mana pelan ini adalah ditawarkan dengan terhad sehingga 31 Disember 2017 sahaja. Selepas tamat 12 bulan, pelan anda akan kembali kepada langganan biasa bulanan.

Bagi anda yang aktif menggunakan Spotify setiap bulan, anda boleh melanggan pakej tahunan ini hari ini.

Layari : Spotify Yearly


TIPS & ULASAN