Spotify Dan Tencent Dalam Perbincangan Untuk Bertukar-Tukar Pegangan Saham

Spotify Dan Tencent Dalam Perbincangan Untuk Bertukar-Tukar Pegangan Saham

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Tencent merupakan salah satu syarikat gergasi internet dari China yang tidak asing bagi ramai pengguna. Mereka sedia mempunyai pegangan pada syarikat popular seperti Tesla, Snapchat, dan sebagainya. Kini, menurut laporan WSJ, Tencent dilihat mungkin kelak akan mempunyai pegangan pada Spotify.

Ia dilaporkan yang mana Tencent dan Spotify sedang dalam perbincangan untuk bertukar pegangan saham diantara Spotify dan juga Tencent Music. Dengan penukaran ini, masing-masing akan mempunyai pegangan sekitar 10% pada perkhidmatan yang lain. Ini bermakna Spotify akan mempunyai pegangan 10% pada Tencent Music dan begitu juga sebaliknya.

Tencent juga dijangka akan menambah bayaran dari segi wang kepada Spotify kerana nilai syarikat Spotify yang lebih tinggi berbanding Tencent Music.

Tencent Music mempunyai tiga perkhidmatan dibawahnya, dan mempunyai sekitar 700 juta pengguna aktif bulanan. Berbeza pula untuk Spotify yang mana mempunyai sekitar 60 juga pengguna berbayar, selain pengguna percuma pada perkhidmatan mereka.

Sekiranya penukaran saham antara kedua-duanya berlaku, maka ia kelak akan membolehkan kedua-dua syarikat penstriman mengambil kelebihan masing-masing – disamping memudahkan lagi mereka melesenkan muzik daripada para penerbit seluruh dunia.


TIPS & ULASAN