Samsung W2018 Diperkenalkan Di China – Telefon Lipat Dengan Lensa F/1.5 Yang Boleh Berubah

Samsung W2018 Diperkenalkan Di China – Telefon Lipat Dengan Lensa F/1.5 Yang Boleh Berubah

Diterbitkan pada Dis 2, 2017 oleh .

Samsung masih menawarkan telefon lipat mereka dibeberapa buah negara, dan terkini di China, pengeluar peranti terkemuka berkenaan telah memperkenalkan telefon lipat mereka yang terbaru, dinamakan Samsung W2018.

Samsung W2018 merupakan telefon pintar pertama daripada Samsung yang menggunakan lensa kamera f/1.5 – sekaligus menawarkan kebolehan rakaman gambar yang jelas pada keadaan persekitaran malap.

Samsung W2018

Dari segi spesifikasi, Samsung W2018 hadir dengan skrin 4.2-inci Super AMOLED, dilengkapi papan kekunci fizikal, menggunakan cip Snapdragon 835, memori 6GB RAM, dan ruangan storan bermula 64GB.

Untuk kamera, ia menggunakan kamera 12-megapixel dibelakang, sekaligus menjadikan ia antara kamera dengan bukaan yang paling besar dipasaran pada hari ini. Disamping itu, ia turut dikatakan boleh beralih kepada f/2.4 secara automatik mengikut pencahayaan persekitaran – sekaligus menawarkan rakaman dengan depth yang baik.

Samsung W2018 turut menyertakan butang Bixby khusus, serta dilengkapi pengecas berasaskan USB-C.

Apa pun, seperti sebelum-sebelum ini, kami menjangkakan yang mana peranti ini tidak akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya, dan mungkin terhad di China sahaja.


TIPS & ULASAN