Pada masa kini, kebanyakkan peranti baru telah beralih kepada penggunaan cip dengan sokongan 64-bit – yang mana menawarkan pelbagai kelebihan, dari segi pemprosesan, penggunaan tenaga dan sebagainya.
Perkara ini juga membuatkan pelbagai perisian mengambil kelebihannya, dan menawarkan pengalaman lebih baik kepada pengguna.
Terkini, Apple telah mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menerima aplikasi baru dengan binaan 32-bit bermula 1 Januari 2018 kelak. Ini merupakan sebahagian daripada langkah Apple untuk memastikan para pembangun aplikasi dan perisian untuk platform macOS beralih ke versi yang terkini lagi.
Apple juga dilihat bersedia untuk versi sistem operasi seterusnya dengan perubahan ini – memandangkan macOS High Sierra merupakan versi terakhir macOS dengan sokongan 32-bit.
Bagi perisian sedia ada pula, mereka diberikan masa sehingga Jun 2018 kelak untuk mengemaskini aplikasi mereka dengan sokongan 64-bit.