Apple kini bergerak pantas, dan membuat kejutan dengan menawarkan kemaskini perisian pada hari Sabtu. Para pengguna iPhone dan iPad kini boleh memuat-turun dan menggunakan iOS 11.2 pada peranti mereka.
Kemaskini ini hadir mengatasi masalah iPhone yang tergendala pada tarikh 2 Disember 2017.
Ha dah keluar dah update 11.2. Update yg ni ada fix utk masalah restart tadi. Sila install. pic.twitter.com/yJH6MdtLCx
— Nazri Ishak (@techsupremo) December 2, 2017
Disamping itu, iOS 11.2 juga turut menawarkan sokongan pengecasan pantas tanpa-wayar untuk iPhone X dan iPhone 8. Pengguna kedua-dua peranti ini kini boleh mengecas menggunakan pengecas tanpa-wayar pada kadar 7.5watt – sekaligus mengecas dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.
Bagi anda yang menggunakan iPhone dan iPad, anda boleh memuat-turun iOS 11.2 ini hari ini.