OnePlus 5T Edisi Star Wars Diperlihatkan Di India

OnePlus 5T Edisi Star Wars Diperlihatkan Di India

Diterbitkan pada Dis 3, 2017 oleh .

Pada acara Comic Con yang diadakan di India pada penghujung minggu ini, OnePlus dilihat mengambil peluang dan telah memperlihatkan sebuah variasi OnePlus 5T yang baru, iaitu OnePlus 5T Edisi Star Wars.

OnePlus dijangka menawarkan telefon pintar ini bersempena dengan filem Star Wars : The Last Jedi yang akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

OnePlus 5T Star Wars

Ia dijangka menawarkan spesifikasi yang sama seperti OnePlus 5T edisi biasa, tetapi menawarkan perbezaan dari segi kosmetik. Ini termasuk penggunaan kerangka putih dibelakang, menyertakan logo Star Wars, bahagian hadapan berwarna hitam, dan butang dengan gabungan hitam dan merah.

Ia turut dijangka menyertakan beberapa kandungan khusus bertemakan Star Wars.

OnePlus 5T edisi Star Wars ini dijangka ditawarkan secara terhad hanya di India sahaja buat masa ini. Maklumat lanjut mengenainya mungkin menyusul pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN