(Ura-Ura) Oppo F5 6GB Mungkin Berharga RM1698

(Ura-Ura) Oppo F5 6GB Mungkin Berharga RM1698

Diterbitkan pada Dis 3, 2017 oleh .

Oppo Malaysia sebelum ini telah mengumumkan tiga variasi telefon pintar dibawah keluarga Oppo F5 akan hadir ke pasaran Malaysia – dan dua daripadanya telah diumumkan, iaitu Oppo F5 dan juga Oppo F5 Youth.

Kini, yang ketiga dan paling berkuasa adalah Opo F5 6GB yang hadir dalam pilihan warna merah, dan bakal boleh dipra-tempah bermula 6 Disember 2017 ini.

Oppo masih belum mengumumkan harga jualannya buat masa ini, tetapi kini beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan untuknya pada harga RM1698.

Oppo F5 6GB ini hadir dengan skrin 6-inci FHD+, menggunakan cip MediaTek Helio P23, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera selfie 20-MP, serta kamera belakang 16MP.

Oppo Malaysia masih tidak mengumumkan harga jualannya buat masa ini secara rasminya. Mungkinkah ia kelak akan dijual pada harga RM1698? Kita mungkin akan mendengar jawapannya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN