Cari @ Amanz

IDC merupakan salah satu badan yang membuat pelbagai kajian dan analisa berkaitan jualan peranti dan sebagainya. Terkini, melalui salah satu analisa dan ramalan terbaru, IDC menyasarkan yang mana angka pengeluaran phablet akan melangkaui angka pengeluaran telefon pintar biasa menjelang 2019 kelak.

IDC Phablet 2019

Untuk makluman, phablet adalah telefon yang bersaiz antara 5.5-inci hingga ke 7-inci. Format telefon berskrin besar ini telah dipopularkan oleh Samsung melalui siri Galaxy Note. Ketika pengenalannya, ia menerima reaksi dan maklumbalas berbeza daripada pelbagai pihak, tetapi ternyata peranti bersaiz besar ini kini menerima permintaan yang lebih tinggi berbanding yang lain. Apple yang sebelum ini memfokuskan hanya satu saiz peranti sahaja, turut telah beralih dan menawarkan phablet mereka tersendiri dibawah keluarga “Plus”.

Menurut IDC, permintaan tinggi untuk phablet hadir dari China, dan juga pasaran Asia yang lain. Pada 2012 yang lepas, peranti phablet hanya sekitar 1% daripada pengeluaran telefon sahaja – tetapi ia kini lebih daripada 50% pengeluaran pasaran.

Pada masa yang sama, IDC menyasarkan pada 2021 kelak, sebanyak 1 bilion phablet dijangka dikeluarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd