Cari @ Amanz

Asus Malaysia sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar dengan skrin 18:9 ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti yang dikenali dengan nama Pegasus 4S tu nampaknya akan dinamakan sebagai Asus Zenfone Max Plus M1 untuk pasaran tempatan.

Asus Zenfone Max Plus M1

Mengikut apa yang dikongsikan oleh Asus Malaysia, Zenfone Max Plus M1 ni akan menawarkan skrin bersaiz 5.7-inci pada badan bersaiz 5.2-inci. Ia turut dilengkapi sokongan nyah-kunci berasaskan pengecaman wajah, dan bateri berkapasiti 4130mAh.

Asus Malaysia turut mengatakan yang mana ia akan berharga bawah RM1000. Asus akan berkongsi lanjut mengenai telefon pintar ini pada 13 Disember 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd