OnePlus 5T Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

OnePlus 5T Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 4, 2017 oleh .

OnePlus telah memperkenalkan telefon pintar nirbingkai mereka dengan spesifikasi tinggi terbaru iaitu OnePlus 5T pada bulan lepas. Bagi para peminat tempatan, semestinya ramai yang tertanya-tanya bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan.

Terkini, pihak Brightstar Malaysia telah hadir dengan sebuah video acah ringkas – memperlihatkan telefon pintar berkenaan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

OnePlus 5T

OnePlus 5T hadir dengan skrin 6-inci dengan panel AMOLED, nisbah skrin 18:9, dan rekaan hampir nirbingkai. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 8GB RAM, dan dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 16MP dan 20MP. Ia turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas, serta menggunakan Android 7.1.

Buat masa ini, Brightstar belum mengumumkan tarikh jualannya lagi. Tetapi, dengan video acah yang telah keluar ini, mungkin kita akan melihat telefon pintar ini akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini – berkemungkinan sebelum cuti hari Natal ini.


TIPS & ULASAN