Google Allo Mungkin Kelak Menyertakan Sokongan Integrasi Emel

Google Allo Mungkin Kelak Menyertakan Sokongan Integrasi Emel

Diterbitkan pada Dis 4, 2017 oleh .

Google Allo merupakan salah satu aplikasi permesejan daripada Google yang hadir dengan sokongan Google Assistant. Berbeza dengan pelbagai perkhidmatan Google lain, ia menggunakan nombor telefon untuk tujuan pendaftaran dan menambah rakan-rakan.

Walaubagaimanapun, perkara berkenaan mungkin berubah tidak lama lagi. Kini, melalui aplikasi Google Allo versi terkini, ia menyertakan kod untuk membolehkan anda berkomunikasi dan berbual dengan rakan-rakan dari GMail.

Pengguna lain juga turut boleh menambah anda menggunakan alamat emel – dan bukannya terhad untuk nombor telefon semata-mata seperti sekarang. Langkah ini sekaligus akan membuatkan aplikasi permesejan ini lebih popular berbanding pada hari ini – yang hanya popular dikalangan segelintir kecil pengguna sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diaktifkan. Mungkin kita akan melihat sokongan integrasi emel pada Allo dan Duo ini diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN