Carian
Intel Akan Menamatkan Sokongan BIOS Lama Menjelang 2020
December 4, 2017 Aman

Mungkin ramai sedia mengenali akan BIOS (Basic Input/Output System) pada komputer. Ia merupakan salah satu antaramuka yang menghubungkan kepada sistem operasi – membolehkan komputer dijalankan dan pelbagai sokongan perkakasan berjalan lancar.

Walaubagaimanapun, dengan tahun demi tahun, Intel telah beralih daripada BIOS dan memfokuskan kepada pembangunan spesifikasi UEFI (Unified Extensible Firmware Interface).

Komputer pada masa kini walaupun telah menggunakan UEFI, ia masih menyertakan mod BIOS lama untuk memastikan pelbagai perkakasan berfungsi dengan lancar tanpa masalah – terutamanya perkakasan generasi lama. Kini, bergerak ke hadapan, Intel kini mengumumkan yang mana mereka merancang untuk menamatkan sokongan BIOS lama menjelang 2020 kelak.

Selepas 2020, Intel menyasarkan untuk hanya menyokong UEFI Class 3 dan ke atas sahaja. Dengan tempoh berbaki 3 tahun lagi, peralihan ini dijangka akan berjalan lancar tanpa masalah – sekaligus memberikan beberapa kelebihan kepada sistem, termasuk sokongan sekuriti yang lebih baik dan penggunaan integrasi teknologi baru yang lebih meluas.

Komen