Cari @ Amanz

Facebook hari ini mengumumkan pengenalan sebuah aplikasi yang khusus untuk kanak-kanak, dinamakan sebagai Messenger Kids. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan variasi Facebook Messenger yang dioptimasikan untuk pengguna kanak-kanak – sekaligus membolehkan mereka kekal berhubung secara melalui panggilan video atau teks dengan mudah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Membezakan berbanding dengan Messenger biasa ialah dimana Messenger Kids boleh dipautkan bersama akaun ibu bapa dan memudahkan ibu bapa mengawal apa yang disembang oleh anak-anak mereka.

Messenger Kids

Disamping itu, Facebook juga turut menyertakan sejumlah kesan khas padanya dalam menjadikan panggilan video lebih menarik ketika menggunakan Messenger Kids ini.

Buat masa ini, Messenger Kids hanya ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja, dan mungkin diperluaskan kepada semua berdasarkan kepada maklumbalas ramai mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd