Vivo X20 Edisi Piala Dunia Dilancarkan

Vivo X20 Edisi Piala Dunia Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 5, 2017 oleh .

Bahang Piala Dunia semakin dirasai dan pada minggu lalu undian kumpulan telahpun dilakukan di Russia. Pada hari yang sama Vivo X20 FIFA World Cup Edition telahpun dilancarkan. Edisi khas ini dihasilkan kerana Vivo ialah pengeluar telefon pintar rasmi untuk temasya 2018 dan 2022 kelak.

Vivo X20 edisi Piala Dunia dilengkapi skrin 6″ SAMOLED dengan resolusi 1080×2160 pixel, pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB dan storan 64GB. Bateri sebesar 3245 mAh memperkasakan peranti yang menggunakan Android 7.1.1. Kamera utama sebesar 24 (12+12)+5 Megapixel f/1.8 manakala kamera swafoto pula sebesar 24-Megapixel (12+12) f/2.0. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Yang membezakan peranti ini dengan peranti edisi biasa ialah kewujudan logo rasmi Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia.


TIPS & ULASAN