Cari @ Amanz

Kemaskini Tizen 3.0 mula diterima Samsung Gear S3 dua minggu yang lalu. Melalui kemaskini ini, Gear S3 menerima antaramuka dan fungsi baru yang setanding dengan Gear Sport. Ia juga membuatkan tambatan kepada peranti iOS lebih lancar dan setanding dengan menggunakannya dengan peranti Android.

Tetapi kini sebilangan pengguna melaporkan masalah bateri selepas kemaskini. Pertama sekali bateri dikatakan menyusut dengan lebih pantas dari biasa. Ia tidak lagi mampu bertahan selama dua hari seperti sebelum ini. Pada waktu yang sama pepijat berlaku pada sistem pengecasan menyebabkan jam tangan pintar ini tidak boleh dicas sehingga 100%.

Cadangan yang diberikan oleh pengguna yang mengalami masalah ini ialah melakukan tetapan semula selepas kemaskini dilakukan. Tetapi ini menyelesaikan masalah kepada semua pengguna.

Kami tidak mengalami masalah penyusutan bateri yang pantas tetapi menyedari pengecasan Gear S3 mengambil masa yang lama selepas menggunakan Tizen 3.0. Pihak Samsung masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai isu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd