Cari @ Amanz

Tahun ini dol DeX dilancarkan serentak dengan Samsung Galaxy S8. Apabila disambungkan ke DeX, Galaxy S8 dan Note 8 boleh berubah menjadi sebuah komputer desktop menyamai fungsi Continuum pada Windows 10 Mobile. Menurut laporan Venturebeat, sebuah DeX baru dengan rekaan yang dikemaskini akan dilancarkan serentak dengan Samsung Galaxy S9.

Samsung DeXPerbezaan utama ialah pada DeX baru, peranti boleh diletakkan secara mendatar. Ini membolehkan skrin sesentuh peranti berubah menjadi papan kekunci dan pad sesentuh. Tiada lagi keperluan untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus USB seperti pada rekaan DeX semasa. Ini pastinya akan memudahkan lagi penggunaan DeX.

Secara peribadi kami mahukan DeX yang boleh menggunakan peranti yang dipasang kerangka. Adalah kurang mesra pengguna kerangka yang perlu ditanggalkan setiap kali DeX ingin digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd