Sebanyak 383 Juta Peranti Dijual Pada Suku Ke-Tiga 2017 Dengan Samsung Masih Pengeluar Terbesar
Effi Saharudin
Kita sudah hampir ke penghujung 2017 dan setakat ini ia mungkin tahun yang paling menarik di dalam sejarah peranti mudah alih. Rekaan nirbingkai 18:9 dan sistem imbasan wajah digunakan secara meluas tahun ini. Menurut angka yang dikeluarkan oleh Gartner, 2017 ialah tahun yang baik bagi pengeluar pada suku ke-tiga dengan kelima-lima nama terbesar mencatatkan peningkatan jualan berbanding tahun lalu.
Sebanyak 383 juta peranti telah berjaya dijual pada suku ke-tiga 2017 berbanding 372 juta pada suku yang sama 2016. Samsung masih kekal di tangga teratas dengan pegangan 22.3% pasaran diikuti oleh Apple (11.9%), Huawei (9.5%), Oppo (7.7%) dan Xiaomi (7.0%).
Xiaomi mencatatkan pertumbuhan jualan terbaik sebanyak 80% berbanding suku yang sama 2016. Ini adalah kerana Xiaomi memasuki pasaran Amerika Latin dan Russia. Rantau Asia Pasifik mencatatkan peningkatan jualan tertinggi dengan 15% diikuti oleh Amerika Utara dengan 11.2%
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.