Cari @ Amanz

Setiap bulan pasti akan tular berita haiwan yang terkorban apabila pelancong mengambil gambar swafoto untuk dimuat naik ke media sosial. Demi sekeping foto dan like, nyawa haiwan terancam seperti ikan lumba-lumba dipertaruhkan. Instagram menyedari akan masalah ini dan akan memperkenalkan sistem amaran yang mengesan imej penganiayaan haiwan.

Sebagai contoh apabila carian tagar #KoalaSelfie dilakukan, amaran akan terpapar pada skrin yang memberitahu pengguna tagar ini mempunyai kaitan dengan eksploitasi dan penganiayaan haiwan. Instagram bekerjasama dengan World Wildlife Fund, TRAFFIC, dan World Animal Protection untuk mengumpul kata kunci yang digunakan untuk tujuan penjualan haiwan terancam dan eksotik di platform media sosial. Amaran akan dipaparkan dalam bahasa Inggeris, Thai dan Indonesia. Ini kerana masalah perdagangan haiwan yang serius di dua negara Asia Tenggara ini.

Diharap dengan pengenalan sistem ini, pengguna lebih cakna tentang perdagangan haiwan secara haram serta penganiayaan terhadap haiwan atas nama pelancongan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd