Huawei hari ini melancarkan tablet terkini mereka Huawei MediaPad T3 7. Tablet kelas permulaan ini dijual pada harga mampu milik RM 499 sebuah. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 7″ IPS LCD (1024×600 pixel), dijana pemproses 1.3GHz empat teras Spreadtrum SC7731G, memori sebesar 2GB RAM dan storan 16GB (sokongan kad mikroSD sehingga 128GB).
Kamera sebesar 2-Megapixel digunakan pada bahagian hadapan dan belakang tablet ini. Bateri sebesar 4100 mAh pula membekalkan kuasa. Ia walaubagaimanapun masih menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar EMUI 7.0. Buat masa ini hanya model yang menggunakan WiFi dijual di Malaysia.