Jabatan Imigresen Malaysia Memperkenalkan “Cermin Marikh” Bagi Memudahkan Proses Pengambilan Gambar Passport Bayi

Jabatan Imigresen Malaysia Memperkenalkan “Cermin Marikh” Bagi Memudahkan Proses Pengambilan Gambar Passport Bayi

Diterbitkan pada Dis 5, 2017 oleh .

Setahun yang lalu kami pergi ke Jabatan Imigresen bagi memohon passport untuk anak yang berusia dua tahun. Proses paling sukar ialah ketika perlu mengambil gambar. Anak yang berusia dua tahun tidak mahu duduk diam sebelum gambar passport diambil. Hanya selepas melakukan sekitar lima percubaan barulah gambar yang senonoh dapat diambil. Ini bukan sahaja melambatkan proses menghasilkan passport malah membazir masa pegawai yang bertugas.

Menyedari hakikat ini, sistem Mars Mirror telah dihasilkan sendiri oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Imigresen Sarawak. Sistem ini membolehkan gambar bayi yang berusia di bawah usia dua tahun diambil ketika berbaring. Sistem cermin akan memantul gambar kepada kamera yang digunakan di kiosk sedia ada. Sebanyak 70 “cermin marikh” ini akan digunakan di seluruh negara dengan kos penghasilan RM2,350 serba satu. Buat masa ini tiga cermin marikh ini telah digunakan di UTC Kuching, Miri dan Sibu.


TIPS & ULASAN