U Mobile Memperkenalkan WeChat Go SIM – Kad SIM Prabayar Ditujukan Untuk Pelancong China

U Mobile Memperkenalkan WeChat Go SIM – Kad SIM Prabayar Ditujukan Untuk Pelancong China

Diterbitkan pada Dis 5, 2017 oleh .

Angka pelancong dari China ke Malaysia kian meningkat setiap hari. Menyedarinya, pelbagai syarikat telah mula mengambil langkah awal untuk menawarkan perkhidmatan khusus untuk pelancong dari China, dan kini U Mobile melakukan perkara sama.

U Mobile WeChat

Terkini, U Mobile memperkenalkan U Mobile WeChat Go SIM menyasarkan para pelancong dari China – membolehkan mereka kekal berhubung dan menikmati kandungan dari WeChat tanpa had selama 15 hari.

Disamping itu, kad-SIM khusus ini juga turut menawarkan data 5GB untuk digunakan di Malaysia, minit panggilan selama 60 minit, dan turut menawarkan data 1GB untuk digunakan di Singapura, Thailand atau Indonesia.

Buat masa ini, kad-SIM yang disasarkan untuk pelancong dari China ini dijual di KLIA dan KLIA2 pada harga RM38 sebulan.


TIPS & ULASAN