Cari @ Amanz

Instagram Stories merupakan salah satu ciri pada aplikasi perkongsian gambar popular berkenaan yang membolehkan anda berkongsi gambar dan video yang hilang selepas 24 jam. Walaubagaimanapun, hari ini Instagram membuat perubahan dan memperkenalkan sebuah ciri baru yang membolehkan anda mengarkib Instagram Stories anda.

Dengan langkah ini, anda boleh menyimpan Instagram Stories pada profil anda, dan ia tidak lagi hilang selepas 24 jam. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh diakses oleh anda memandangkan ia diarkib.

Instagram Stories Archive

Disamping itu, satu lagi ciri baru yang diperkenalkan oleh Instagram hari ini adalah Stories Highlights.

Melaluinya, Stories Highlights ini diperlihatkan pada profil anda – dan anda boleh bahagikan Instagram Stories anda mengikut kategori dan memudahka pengguna lain mengaksesnya. Ia dipaparkan dalam bentuk ikon bulat dibawah gambar profil anda – mengikut kategori yang anda buat.

Instagram Stories Highlights

Instagram mengatakan melalui Stories Highlights ini, ia lebih memudahkan anda menyerlahkan identiti dan keperibadian anda melalui perkhidmatan sosial berkenaan.

Kedua-dua ciri ini mula diperkenalkan kepada semua pengguna Instagram seluruh dunia bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd