Nama Xiaomi “Mi Pad” Dihalang Daftar Tanda Dagang Eropah Kerana Menyerupai Apple “iPad”

Nama Xiaomi “Mi Pad” Dihalang Daftar Tanda Dagang Eropah Kerana Menyerupai Apple “iPad”

Diterbitkan pada Dis 5, 2017 oleh .

Xiaomi sebelum ini telah memfailkan permohonan pada 2014 lepas di Eropah untuk mendapatkan tanda dagang “Mi Pad” dibawah EU Trademark. Walaubagaimanapun, langkah berkenaan diperhatikan oleh Apple, dan Apple seterusnya telah memfailkan aduan pada 2016 ke atas pendaftaran berkenaan kerana boleh mengelirukan pengguna.

Kini, mahkamah telah mengeluarkan keputusan mereka, mengatakan Xiaomi tidak boleh mendaftarkan tanda dagang Mi Pad di Eropah.

Xiaomi Mi Pad 2

Mahkamah tidak membenarkan pendaftaran berkenaan kerana pengguna di Eropah akan menyebut “Mi” sebagai “My” – sekaligus membawa kepada sebutan yang lebih kurang pada bahagian “i” dalam nama iPad.

Disamping itu, kerana hanya penambahan huruf “M” sahaja dihadapan nama turut membuatkan ia sedikit menyerupai dari segi visual penamaan untuk kedua-dua tablet berkenaan. Ini turut dijangka mungkin mengelirukan pengguna dalam mendapatkan tablet yang diinginkan mereka.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Seperti biasa, Xiaomi masih boleh membuat rayuan untuk kes ini kembali.


TIPS & ULASAN