Vivaldi Kini Menawarkan Pelayar Web Mereka Untuk Raspberry Pi

Vivaldi Kini Menawarkan Pelayar Web Mereka Untuk Raspberry Pi

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Vivaldi merupakan salah satu syarikat pelayar web yang hadir daripada bekas pekerja Opera. Terkini, selain menawarkan pelayar web untuk desktop, Vivaldi turut telah melancarkan pelayar web mereka untuk Raspberry Pi.

Raspberry Pi merupakan “mini-PC” yang digunakan secara meluas untuk pembangunan peranti berhubung, menjadikan TV pintar, dan untuk sejumlah tujuan yang lain. Ia hadir dengan sistem operasi Raspbian yang menyertakan pelayar web Chromium.

Vivaldi Raspberry Pi

Dengan penawaran Vivaldi, ia menawarkan alternatif untuk pengguna Raspberry Pi – selain menawarkan ciri-ciri yang lebih menarik, termasuk pengoptimasian untuk pelayaran pada skrin televisyen, sekaligus menjadikan pembacaan lebih selesa pada skrin televisyen.

Disamping Raspberry Pi, pihak Vivaldi turut telah menawarkan Vivaldi untuk peranti ARM bermula hari ini.

Bagi anda yang menggunakan Raspberry Pi, atau sejumlah papan-pembangunan yang lain berasaskan ARM, anda boleh mencubanya hari ini.

Muat-Turun Vivaldi


TIPS & ULASAN