Xiaomi Mula Mencari Penguji Untuk Android Oreo Pada Mi A1

Xiaomi Mula Mencari Penguji Untuk Android Oreo Pada Mi A1

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Xiaomi MI A1 merupakan telefon pintar pertama daripada Xiaomi yang menggunakan Android One – tanpa penambahan antaramuka MIUI seperti sejumlah peranti lain. Dengan menggunakannya, XIaomi dan Google menyasarkan penawaran kemaskini sistem operasi yang lebih pantas berbanding kebiasaan.

Terkini, Xiaomi telah memulakan pendaftaran minat untuk para pengguna yang ingin menguji Android 8.0 Oreo pada peranti Mi A1 mereka.

Xiaomi Mi A1

Menjadi kebiasaan untuk pengeluar peranti mengujinya dikalangan angka pengguna kecil terlebih dahulu – mendapatkan maklumbalas, dan baru menawarkannya secara terbuka kepada pengguna umum.

Android Oreo menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk salah satu yang popular adalah sokongan Picture-in-Picture.

Bagi anda yang menggunakan Xiaomi Mi A1, anda boleh mendaftarkan minat pada laman MIUI hari ini, dan berpeluang mencuba Android Oreo pada peranti anda jauh sebelum pengguna-pengguna lain seluruh dunia.

Daftar : Uji Android O Pada Mi A1


TIPS & ULASAN