Qualcomm Memperlihatkan Cip Pemprosesan Seterusnya – Snapdragon 845

Qualcomm Memperlihatkan Cip Pemprosesan Seterusnya – Snapdragon 845

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Hari ini, Qualcomm telah mengadakan Snapdragon Summit, dimana melaluinya mereka telah mengumumkan sejumlah perkara. Salah satu daripadanya dan menjadi perbualan ramai adalah pengenalan cip Snapdragon 845 secara rasminya.

Snapdragon

Seperti ramai sedia maklum, Snapdragon 845 merupakan kemaskini kepada Snapdragon 835 – dan bakal digunakan pada pelbagai telefon pintar berkuasa tinggi yang akan hadir pada tahun 2018 kelak.

Ia menggunakan rekaan berasaskan 10nm untuk menawarkan pemprosesan berkuasa tinggi, tetapi menggunakan tenaga bateri yang rendah. Perkara ini sekaligus membolehkan peranti beroperasi untuk masa yang lebih lama berbanding sebelum ini.

Disamping itu, Snapdragon 845 turut akan menyertakan modem X20 LTE untuk penawaran rangkaian berkelajuan tinggi dengan kadar muat-turun mencapai 1.2Gbps – sekaligus membawa ia setapak ke arah 5G.

Qualcomm masih belum mengumumkan spesifikasi penuh cip pemprosesan ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya pada satu lagi acara yang dijadualkan oleh Qualcomm pada hari esok.


TIPS & ULASAN