Berkongsi pentas pada acara Qualcomm hari ini adalah pihak Xiaomi, dimana mereka menjadi terawal mengumumkan bakal menggunakan cip Snapdragon 845 pada telefon pintar mereka yang seterusnya.
Seperti biasa, cip berkuasa ini digunakan oleh Xiaomi pada peranti berkuasa tinggi – berkemungkinan pada Mi 7 yang akan datang dalam beberapa bulan lagi.
Selain Xiaomi, kita mungkin akan dapat melihat lebih ramai pengeluar mengumumkan perkara sama – termasuk Samsung, LG, Sony, dan sebagainya dalam beberapa bulan akan datang.
Excited about @Leijun's announcement today at @Qualcomm’s #SnapdragonSummit that Xiaomi's next flagship smartphone will be powered by the upcoming Snapdragon 845! pic.twitter.com/pmdSvPb1bw
— Wang Xiang (@XiangW_) December 5, 2017