Cari @ Amanz

Dua komputer riba Always Connected yang menggunakan pemproses Snapdragon 835 baru sahaja diumumkan di acara Qualcomm sebentar tadi. HP Envy x2 dan Asus NovaGo kedua-duany menjanjikan ketahanan bateri sehingga 20 jam, sambungan LTE dan fungsi dihidupkan dengan serta merta. Ia dijangka mengubah landskap perkomputeran mudah alih.

AMD tidak mahu ketinggalan dan turut mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm bagi menyokong Always Connected pada PC yang menggunakan pemproses Ryzen Mobile. Dengan ini komputer riba Ryzen Mobile bakal dilengkapi modem Snapdragon LTE dengan kelajuan Gigabit. Kedua-dua pihak masih belum mengumumkan bilakah komputer riba pertama yang Ryzen Mobile Always Connected akan memasuki pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd