Nokia 3 Dan Nokia 5 Menerima Potongan RM100 – Kini Harga Bermula RM499

Nokia 3 Dan Nokia 5 Menerima Potongan RM100 – Kini Harga Bermula RM499

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Bersempena penghujung tahun ini, sejumlah pengeluar peranti telah mula menawarkan telefon pintar dan peranti mereka pada harga diskaun. Tidak ketinggalan kini adalah HMD Global, dimana mereka menawarkan diskaun RM100 untuk Nokia 3 dan juga Nokia 5.

Kini, pengguna boleh mendapatkan Nokia 3 pada harga RM499 (berbanding RM599 sebelum ini), dan Nokia 5 pula pada harga RM699 (berbanding RM799 sebelum ini). Pembelian ini juga akan menawarkan sejumlah aksesori untuknya bernilai RM150.

Kedua-dua peranti ini sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung Mei lepas.

Nokia 3 Diskaun

Nokia 3 menggunakan skrin 5-inci IPS LCD HD, cip MediaTek MT6737, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Peranti ini dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Nokia 5 pula menggunakan skrin 5.2-inci, cip Snapdragon 430, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kedua-dua peranti ini pada harga diskaun melalui pengedar rasmi Nokia seluruh negara.

Baca – Pandang Pertama : Nokia 3


TIPS & ULASAN