Placeon – Klip Yang Membolehkan Peranti Disimpan Di Luar Poket Seluar

Placeon – Klip Yang Membolehkan Peranti Disimpan Di Luar Poket Seluar

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Majoriti pengguna menyimpan peranti pintar di dalam poket seluar. Ini ialah kedudukan paling mudah diakses tetapi mendatangkan beberapa masalah. Pada poket belakang skrin mungkin retak sekiranya pengguna secara tidak sengaja terduduk di atas peranti. Pada poket hadapan pula, skrin tercalar kerana tergores oleh kunci. Oleh itu klip Placeon telah dihasilkan.

Dengan klip Placeon, peranti boleh digantung di luar poket seluar atau pada tali beg. Peranti dan skrin lebih mudah diakses. Menukar lagu yang ingin didengari menjadi lebih mudah. Sistem keselamatan Placeon memastikan peranti hanya boleh dicabut dari penyangkut apabila ia diputar sebanyak 90 darjah. Ini memberikan ilusi peranti ialah sepucuk pistol dan pengguna adalah seorang gunslinger ketika zaman Wyatt Earp. Projek ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $19 (~RM 77) sebuah.


TIPS & ULASAN