Oppo F5 6GB Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1698

Oppo F5 6GB Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1698

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Oppo Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi variasi dibawah keluarga Oppo F5, iaitu Oppo F5 6GB. Seperti pada namanya, berbanding Oppo F5 biasa, ia menawarkan spesifikasi dengan memori sehingga 6GB RAM untuk menawarkan pengalaman yang lebih lancar, serta kebolehan untuk multi-tugasan menggunakannya. Telefon pintar ini juga turut menawarkan ruangan storan sehingga 64GB.

Dari segi spesifikasi, Oppo F5 6GB hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan FHD+, menawarkan skrin pada nisbah 18:9, dan rekaan hampir nirbingkai.

Melengkapkannya juga adalah cip MediaTek Helio P23, kamera utama 16-megapixel, dan kamera hadapan 20-megapixel. Menjananya adalah bateri sebesar 3200mAh.

Oppo turut menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan seperti kebolehan nyah-kunci menggunakan pengecaman wajah, serta menjadikan rakaman wajah lebih cantik ketika merakamkan selfie. Oppo mengatakan ia menghasilkan rakaman bokeh dengan mudah menggunakan kamera hadapan melalui integrasi perisian mereka.

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam dua variasi warna, iaitu merah dan juga hitam. Oppo F5 6GB berwarna merah dikatakan adalah edisi terhad, dan hadir bersama dengan kotak ganjaran khusus hasil kerjasama dengan Swarovski.

Oppo F5 6GB akan dijual pada harga RM1698. Ia akan boleh dipra-tempah bermula hari ini. Oppo F5 6GB akan mula dijual bermula 16 Disember 2017 kelak.

Oppo F5 6GB


TIPS & ULASAN