Carian
Emoji Kangaroo, Lelaki Botak Dan Bendera Lanun Memasuki Senarai Pendek Emoji Baru Untuk 2018
December 6, 2017 Effi Saharudin

Penggunaan emoji pada komputer bermula dengan Scott Fahlman, pada tahun 1982 bagi memudahkan pembaca membezakan penulisan berbaur jenaka dengan serius. Penggunaannya pada peranti mudah alih bermula di Jepun pada tahun 1999 menerusi rangkaian NTT Docomo. Setelah hampir dua dekad, kini terdapat ratusan emoji yang boleh diakses menerusi papan kekunci peranti pintar.

Jumlah emoji akan ditambah lagi tahu hadapan. Senarai Emoji 11 Beta telah dikongsi oleh Unicode dengan 130 calon baru. Antara emoji yang dicalonkan ialah kangaroo, lelaki botak, insan berambut merah, bendera lanun, kuih bulan dan adiwira. Jumlah calon akhir akan diumumkan pada Mac 2018 dengan implementasi dijangka bermula pada separuh kedua 2018. Unicode turut mencadangkan kemampuan menterbalikkan imej emoji dengan senarai terbaru ini.

Hanya beberapa minggu yang lalu iOS 11.1 menambah sokongan untuk 240 emoji baru. Google pula memperbaiki paparan emoji cawan ara bir dan burger yang salah minggu lalu. Emoji yang bermula sebagai ikonografi santai kini telah berubah menjadi medium komunikasi kompleks. Malahan emoji digunakan oleh anak muda untuk menyampaikan maksud rahsia yang tidak diketahui oleh ibu bapa.

Komen