Line Menguji Sistem Memberikan Tempat Duduk Kepada Penumpang Mengandung Di Jepun

Line Menguji Sistem Memberikan Tempat Duduk Kepada Penumpang Mengandung Di Jepun

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Di media sosial antara perkara yang mudah ditularkan ialah perangai buruk orang ramai. Video dan gambar yang dikongsi dengan pantas tersebar sekaligus memberikan imej negatif kepada negara. Antara paling kerap dikongsi ialah keengganan memberikan tempat duduk kepada ibu mengandung.

Masalah ini turut berlaku di Jepun yang terkenal dengan kereta api yang padat dengan penumpang. Dalam kepadatan ini sukar bagi ibu mengandung untuk mencari tempat duduk. Sistem notifikasi bakal diuji dimana notifikasi akan muncul pada aplikasi pengguna Line apabila penumpang mengandung memasuki gerabak. Apabila mereka ingin memberikan tempat duduk, notifikasi akan diterima pada peranti si ibu. Dengan ini proses memberikan kerusi dapat diberikan dengan lancar dan pantas.

Sistem akan diuji dari 11 hingga 15 Disember di laluan Tokyo Metro Ginza. Projek rintis ini dibuka kepada sukarelawan yang ingin menyerahkan tempat duduk kepada penumpang yang lebih memerlukan.


TIPS & ULASAN