Google Assistant Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Tidak Pintar Di India

Google Assistant Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Tidak Pintar Di India

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Pembantu maya Google Assistant ialah antara fungsi yang paling kerap kami gunakan setiap hari. Bangun sahaja dari tidur kami akan menyuruhnya membuka lampu, memberikan laporan trafik dan agenda harian. Selama ini pembantu maya hanya boleh digunakan pada peranti pintar sahaja. Tetapi di India, Google Assistant kini telah mula digunakan pada peranti tidak pintar.

Reliance JioPhone yang menggunakan sistem operasi KaiOS berasaskan Firefox OS. Pembantu maya HelloJio pada telefon ini menggunakan sistem Google Assistant. Antaramuka telah diubahsuai bagi membolehkan ia berfungsi pada peranti dengan skrin hanya sebesar 2.4″.

Pengenalan Google Assistant pada peranti tidak pintar di India ialah unik kerana ia masih digunakan oleh 500 juta pengguna. Adakah anda masih mengenali sesiapa yang masih nekad tidak mahu berpindah ke peranti pintar?


TIPS & ULASAN