Qualcomm Mengumumkan Sokongan Untuk Android Oreo (Edisi Go)

Qualcomm Mengumumkan Sokongan Untuk Android Oreo (Edisi Go)

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Google semalam telah mengumumkan Android Oreo (Edisi Go), yang mana merupakan sistem operasi Android yang dioptimasikan untuk peranti dengan memori kurang 1GB RAM. Google menyasarkan melaluinya ia akan membolehkan pengeluar peranti hadir dengan telefon pada harga rendah tetapi dengan ciri-ciri perisian yang terkini.

Disamping itu, Android Go juga menggunakan ruangan storan yang lebih kecil berbanding kebiasaan, serta menawarkan kebolehan beroperasi pada talian rangkaian yang berkelajuan rendah.

Kini, lanjutan daripadanya, Qualcomm menyatakan sokongan untuknya melalui keluarga cip Snapdragon. Qualcomm melalui cip pertengahan dan rendah mereka akan menyokong platform baru ini.

Qualcomm mengatakan peranti menjalankan Snapdragon dan menggunakan Android Go (Edisi Go) akan hadir pada awal 2018.


TIPS & ULASAN