Astro Dan Karangkraf Melabur Hampir Bernilai RM200 Juta Untuk Pembangunan Kandungan Digital

Astro Dan Karangkraf Melabur Hampir Bernilai RM200 Juta Untuk Pembangunan Kandungan Digital

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Pada bulan Jun 2017 yang lepas, Astro dan Karangkraf telah mengumumkan kerjasama untuk menubuhkan sebuah syarikat usahasama untuk membangunkan kandungan digital bagi pasaran Nusantara. Kini, selang beberapa bulan, mereka mengumumkan yang mana jumlah pelaburan untuknya adalah menghampiri RM200 juta.

Astro sendiri melalui pengumuman kewangan mereka yang terbaru mengatakan mereka melabur RM100 juta untuk pegangan sebanyak 51% pada syarikat usahasama baru ini.

Kedua-dua syarikat kelak akan berkongsi IP dan kepakaran masing-masing dalam mengukuhkan kedudukan dalam arena digital – bukan setakat dalam bentuk teks, tetapi juga dalam bentuk video dan sebagainya.

Syarikat baru ini dikenali dengan nama Karangkraf Digital 360 Sdn Bhd, dan Astro akan melabur sebanyak RM100 juta, sementara Karangkraf akan memindahkan sebanyak 38 IP kepada KK360 pada nilai 96 juta.

Dalam arena penerbitan digital di Malaysia sendiri, pelbagai gergasi mula membuat pelaburan yang tinggi. MediaPrima sendiri membuat kejutan pada tahun ini dengan mengambil-alih RevAsia pada harga mencapai lebih RM100 juta. Disamping itu, beberapa syarikat lain turut telah mula memfokuskan pembangunan kandungan digital – termasuk dalam bentuk video. Dengan kemasukkan pihak Astro dan Karangkraf ini sendiri, kita mungkin akan melihat lebih banyak peserta dan persaingan sihat dalam arena ini pada 2018 kelak.


TIPS & ULASAN