Cari @ Amanz

Lanjutan pengenalan Snapdragon 845 semalam, hari ini Qualcomm akhirnya telah berkongsi lanjut mengenai cip pemprosesan Snapdragon 845 yang terbaru dan akan digunakan pada pelbagai peranti utama pada 2018 kelak.

Snapdragon 845 akan menggunakan binaan berasaskan 10nm yang menawarkan pemprosesan berkuasa dengn penggunaan tenaga yang efisyen. Ia menawarkan gabungan rekaan Cortex-A75 (sehingga 2.8GHz) dan juga Cortex-A55 (sehingga 1.8Ghz). Cip lapan teras ini menawarkan kepantasan prestasi lebih 19% berbanding Snapdragon 835 sebelum ini.

Qualcomm turut mengatakan ia menawarkan prestasi lebih 25% dari segi CPU, sementara penyertaan Adreno 630 menawarkan pemprosesan grafik lebih 30% pantas berbanding sebelumnya.

Dengan kuasa pemprosesan dan grafik yang tinggi, ia turut menawarkan pengalaman lebih baik untuk realiti-maya dan juga realiti-gabungan.

Untuk rakaman dan pemprosesan gambar pula, Snapdragon 845 hadir dengan Spectra 280 – menyertakan sokongan rakaman video sehingga 4K pada kadar 60fps.

Qualcomm turut menyertakan moden Qualcomm X20 LTE pada cip pemprosesan terbaru mereka ini dengan kelajuan mut-turun mencapai 1.2Gbps.

Sejumlah peranti menggunakan Snapdragon 845 dijangka diperkenalkan bermula 2018 kelak, termasuk daripada Xiaomi, Samsung, Sony dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd