Cari @ Amanz

Maxis hari ini dilihat telah menaik-taraf penawaran kuota data untuk semua pengguna MaxisOne Plan sebanyak 10GB berbanding dengan sebelum ini. Penaik-tarafan ini dilakukan secara automatik oleh Maxis, dan anda akan dapat melihat kemaskini pada akaun anda bermula hari ini.

Kini, MaxisOne 98 menawarkan data sebanyak 30GB – yang mana dibahagikan kepada dua, iaitu 15GB untuk sepanjang bulan, dan 15GB lagi untuk hujung minggu. Perkara sama juga untuk MaxisOne 128 dengan jumlah 40GB, MaxisOne 158 dengan 50GB dan MaxisOne 188 dengan 60GB.

MaxisOne Plan

MaxisOne Plan

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama pengguna turut diberikan pilihan untuk mengabungkannya dengan tambahan RM10 sebulan. Sebagai contoh, sekiranya anda menambah bayaran sebanyak RM10 sebulan, anda boleh gabungkan data 15GB+15GB pada pelan MaxisOne 98 menjadi 30GB keseluruhan dan digunakan sepanjang bulan. Penambahan ini hanya untuk MaxisOne 98 sahaja menjadikan jumlah RM108 untuk 30GB sebulan. Sementara untuk pelan MaxisOne yang lain, penawaran data adalah untuk sepanjang bulan tanpa perlu menambah sebarang bayaran.

Bagi pengguna MaxisOne Plan, anda boleh menyemak akaun anda bermula hari ini untuk melihat penaik-tarafan dan penambahan data ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd