Pengasas Vine Memperlihatkan Imej Acah Untuk Vine 2.0

Pengasas Vine Memperlihatkan Imej Acah Untuk Vine 2.0

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

Pengasas Vine sebelum ini telah mengumumkan hasrat untuk hadir kembali dengan perkhidmatan seumpama Vine – iaitu salah satu perkhidmatan perkongsian video selama 6 saat yang sangat popular suatu masa dahulu. Perkhidmatan yang diambil-alih oleh Twitter berkenaan telah pun ditamatkan perkhidmatannya sebelum ini.

Ini membuatkan komuniti disebalik Vine beralih ke Instagram, Snapchat dan sebagainya untuk menghasilkan karya unik dan kreatif mereka.

Kini, dalam mengembalikan komuniti berkenaan, pengasas Vine mengatakan beliau sedang membangunkan peganti Vine pada masa terluang, dan menggunakan dana sendiri untuk pembangunannya.

Hari ini, beliau turut berkongsi sebuah logo, memperlihatkan Vine 2.0 dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti sebelum ini.

Namun, ia tidak pasti sama ada ini adalah logo versi akhir, atau sekadar sebuah gambar acah sahaja.

Bagi anda, adakah anda ternanti-nanti dengan peganti Vine ini?


TIPS & ULASAN