Moto Mod Edisi Star Wars Untuk Motorola Moto Z Dilancarkan

Moto Mod Edisi Star Wars Untuk Motorola Moto Z Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

“Semoga Force sentiasa berasamamu” ialah frasa popular dari siri Star Wars. Selepas lebih empat dekat, bukan sahaja Star Wars dikenali oleh hampir semua insan di dunia, produk berlesennya juga boleh ditemui dengan mudah. Terkini Motorola juga menghasilkan produk edisi khas Star Wars untuk peranti mereka.

Star Wars Limited Edition Moto Style Mod telah dilancarkan di China. Rekaan berdasarkan Dark Side dengan imej Darth Vader dijual pada harga RMB 179 (~RM 80) sebuah. Buat masa ini ia hanya dilancarkan untuk pasaran China. Ini bukan produk Star Wars pertama dilancarkan tahun ini. Sebelum ini OnePlus 5T Edisi Star Wars dan robot penyedut hampagas Samsung turut kami laporkan.


TIPS & ULASAN