(Ura-Ura) Samsung Galaxy A8 (2018) Dijangka Dilancarkan Penghujung Bulan Ini

(Ura-Ura) Samsung Galaxy A8 (2018) Dijangka Dilancarkan Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

Samsung Galaxy A ialah keluarga peranti kelas pertengahan premium yang dihasilkan oleh Samsung. Tahun ini A3, A5, A7 dan A8 telah dilancarkan. Kita telah kedengaran ura-ura Galaxy A8 (2018) akan dilancarkan pada penghujung bulan ini sebelum perayaan Hari Krismas.

Galaxy A8 (2018) dipercayai adalah penjenamaan semula A5 manakala A7 akan dijenamakan semula kepada A8+ (2018). Ini bagi menyelarikan penggunaan nama di antara keluarga Galaxy S dan Galaxy A. Apa yang pasti rekaan nirbingkai dan butang Bixby fizikal akan akhirnya digunakan pada peranti Galaxy A buat pertama kali dengan model tahun ini.


TIPS & ULASAN