Debussy – Fon Kepala Pintar Dengan Skrin LCD Terbina Dan Sokongan 4G Bakal Dilancarkan

Debussy – Fon Kepala Pintar Dengan Skrin LCD Terbina Dan Sokongan 4G Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

`Fon kepala tanpa wayar digunakan dengan meluas kerana semakin banyak peranti yang tidak dilengkapi bicu audio. Pengguna masih memerlukan peranti untuk menstrim muzik. Bagi mereka yang mahukan kebebasan sebenar, Funky Beats Studio bakal melancarkan fon kepala pintar Debussy yang mempunyai sokongan rangkaian 4G.

Dengan ini ia boleh menstrim muzik terus ke telinga tanpa tambatan ke peranti pintar. Ia turut mempunyai sebuah skrin sesentuh LCD pada pendakap telinga. Ini digunakan untuk mengawal mainan muzik. Pengguna turut boleh menghiasnya dengan gambar latar belakang pilihan. Tiada maklumat mengenai harga tetapi Debussy akan dilancarkan secara rasmi di acara CES 2018 bulan hadapan.


TIPS & ULASAN